comscore
Tumpuan :
Nasional

Restoran diarah tutup kerana kotor, bahan mentah diletak atas lantai

Antara premis yang didapati kotor dan dikenakan kompaun. FOTO: DBKL / Facebook

KUALA LUMPUR: 45 kompaun dikeluarkan manakala satu premis diarahkan tutup selepas mendapati tahap kebersihan premis tersebut tidak memuaskan ketika Operasi Sepadu Bersih, pada Rabu lalu.

Dalam kenyataan Facebook semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan sebanyak 52 premis diperiksa dan didapati ada premis yang tidak bersih, bahan mentah diletakkan di atas lantai serta terdapat makhluk perosak di sekitar premis.

Menurut DBKL, ada juga pekerja di premis terbabit tidak mengambil suntikan tifoid dan penyalahgunaan lorong belakang untuk membasuh peralatan memasak.

“Hasil pemerikasaan ke atas 52 premis, satu premis dikenakan tindakan arahan penutupan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan 28(1) WPKL 2016.

“45 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016 dan Undang-Undang Kecil Pengendali Makan 1979,” katanya dalam kenyataan itu.

DBKL berkata, operasi itu dilaksanakan 36 orang petugas dari Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL di Jalan Bukit Cheras dan Taman Bukit Anggerik , Jalan Radin Bagus 7, Kiosk tingkat bawah Hospital Pantai KL dan Mid Valley Megamall, Jalan Wan Kadir dan Rivercity Plaza, Selangor Mansion dan Pertama Kompleks .

Loading...
Terkini