comscore
Tumpuan :
Nasional

Rider Bertuah Dapat Motor Percuma

KUALA LUMPUR: Siapa sangka, tuah 2 “rider” AirAsia yang hadir ke majlis pelancaran insentif Platform airasia Super App hari ini apabila dipetik naik ke pentas dan ditawarkan motosikal pilihan secara percuma.

Ini berlaku semasa Taikun Penerbangan yang juga Ketua Pegawai Eksekutiff Capital A, Tan Sri Tony Fernandes menceritakan pengalamannya bertemu Muhammad Reduzuan Mohammad Afni, 27 yang ketika itu bertugas sebagai penghantar makanan.

Jelasnya Reduzuan berhenti dan bertanya adakah beliau bos AirAsia dan kemudian mereka berbual panjang mengenai cabaran sebagai penghantar makanan. 

Tan Sri Tony kemudian menawarkan beliau untuk bekerja bersama AirAsia. Nurul Fahana Kamarulzama, 33 yang berada berhampiran Reduzuan turut dipanggil dan ditawarkan motosikal percuma.

Terdahulu, Platform airasia Super App muncul syarikat pertama di Asia yang menawarkan pekerjaan sepenuh masa untuk penghantar makanan. 

Ini selain rangkaian penuh manfaat sebagai Allstar termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), perlindungan perubatan yang turut boleh dimanfaatkan oleh pasangan dan anak-anak, cuti tahunan, selain faedah perjalanan.

Ini adalah tambahan kepada pendapatan terjamin sehingga RM 3,000 sebulan.

Loading...
Terkini