comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] RM132.6 Bilion pelaburan baharu, dijangka cipta lebih 50,000 peluang pekerjaan

Oleh: Juliana Sharin

PETALING JAYA: Malaysia menarik sejumlah RM132.6 bilion nilai pelaburan yang diluluskan dalam tempoh antara Januari hingga Jun tahun ini.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam kenyataan memaklumkan, pelaburan itu melibatkan 2,651 projek dan dijangka mencipta 51,853 peluang pekerjaan.

Mengikut pecahan, pelaburan bidang perkhidmatan menyumbang RM82.4 bilion, perkilangan (RM44.9 bilion) dan sektor utama (RM5.3 bilion).

Pelaburan langsung domestik (DDI) membentuk sejumlah RM69.3 bilion atau 52.2% daripada keseluruhan pelaburan diluluskan itu.

Manakala pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang RM63.3 bilion atau 47.8%.

Singapura sumber FDI tertinggi dengan RM13.7 bilion, diikuti Jepun (RM9.1 bilion), Belanda (RM9.0 bilion).

Kuala Lumpur pula negeri melaporkan nilai pelaburan yang besar daripada pelaburan diluluskan iaitu RM31.7 bilion.

Diikuti Selangor (RM29.7 bilion), Kedah (RM14.6 bilion), Johor (RM14.2 bilion) dan Sabah (RM9.0 bilion).

2,651 projek yang diluluskan menerusi pelaburan itu memperlihatkan kenaikan sebanyak 34.8% berbanding enam bulan pertama 2022.

MIDA menyifatkan pelaburan itu tanda keyakinan terhadap ekonomi negara dan kerajaan yang menyokong dan membangunkan dasar-dasar pro-perniagaan serta secara berterusan memudahkan perniagaan.

Loading...
Terkini