comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rumah dijadikan stor simpan rokok seludup

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz memeriksa hasil rampasan rokok dari sebuah rumah yang dijadikan stor simpanan.

Oleh Zahir Senapiah

MUAR: Modus operandi suspek menjadikan rumah sendiri sebagai stor bagi menyimpan rokok seludup sebelum dipasarkan.

Kegiatan itu akhirnya dibongkar polis daerah Muar selepas serbuan yang dilakukan berjaya merampas 874 karton rokok pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai lebih RM180,000.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata bertindak atas maklumat awam dan risikan, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah telah menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat, di Jalan Bakri, kira-kira jam 10.30 malam, dua hari lalu.

Susulan itu pemilik rumah berkenaan yang berumur 48 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati rokok terbabit dibawa masuk dari sebuah negeri berjiran dengan Johor dan dikumpulkan di satu lokasi sebelum diedarkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Muar, di sini, pagi tadi.

ACP Raiz Mukhliz berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan rokok seludup itu dijual kepada warga asing di kawasan kilang, ladang dan kedai-kedai runcit.

Suspek yang ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Suspek kini ditahan reman selama lima hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Loading...
Terkini