comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Suami tiada masalah jantung’ – isteri mangsa sindiket pemerdagangan manusia 

 

KUANTAN: Isteri rakyat Malaysia yang dilaporkan maut selepas diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar mendakwa suaminya, tidak mempunyai sejarah sakit jantung.

Muhammad Izzat Abdul Wahab, 28 tahun disahkan meninggalkan dunia di Pusat Imigresen Tachileik, 14 Oktober lalu.

Menurut Nurul Diyana Mohd Shukri, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh  pertubuhan bukan kerajaan, NGO yang menyelamatkan suaminya daripada sindiket berkenaan.

”Tapi dia tak dan tak sempat naik yang ke Bangkok tu lepas tu dia beli tiket satu lagi.

”Saya kata balik la jangan duduk kat situ tolong balik sebab saya memang dah tak sedap hati saya cakap lari laa tolong la lari balik,” katanya.

Muhammad Izzat dilaporkan menaiki penerbangan ke Bangkok, Thailand sebelum dibawa sindiket  ke Myanmar melalui jalan darat.

Bapa kepada dua cahaya mata berusia tiga dan enam tahun itu  menyedari dirinya diperdaya dan berhubung dengan sebuah NGO malaysia yang berjaya menyelamatkan mangsa.

Mangsa kemudian dirujuk pihak berkuasa Myanmar dan seterusnya ditahan pihak imigresen negara itu sebelum dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran, ATIPSOM, Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus ketika dihubungi Buletin TV3 memaklumkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kematian mangsa.

Jelasnya, pihak polis dan Wisma Putra sedang menyiasat kes berkenaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini