comscore
Tumpuan :
Nasional

Sah! Azalina Othman Letak Jawatan Penasihat Khas Undang-Undang PM

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sah meletakkan jawatan sebagai Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (PMO), Datuk Seri Azalina menyerahkan surat perletakan jawatannya pada 29 ogos lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah menerima peletakan jawatan beliau dengan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan.

“Notis sebulan diberikan bertujuan menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan dengan kakitangan beliau, namun dalam tempoh itu, Datuk Sri Azalina tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri kerana diberi cuti mulai 1 September sehingga tamat notis pada akhir September,” tambah kenyataan berkenaan.

Datuk Seri Ismail turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tempoh beliau berkhidmat.

Sebelum ini, tular di media sosial bahawa Ahli Dewan Rakyat itu telah meletakkan jawatan berkenaan, namun laporan sebuah portal menafikan perkara itu dengan memetik sumber terdekat UMNO.

Azalina dilantik ke jawatan berkenaan pada pada 2 Oktober 2021.

Loading...
Terkini