comscore
Tumpuan :
Nasional

Salah guna Datuk Seri palsu, polis akan tahan seorang lelaki

Foto hiasan

KOTA BHARU: Polis Kelantan dijangka akan menahan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Fared Abdul Ghani berusia 56 tahun dalam masa terdekat berikutan menyalahgunakan darjah kebesaran ‘Datuk Seri’ palsu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sudah menerima arahan daripada pihak pendakwaan bagi membawa lelaki itu untuk dituduh di mahkamah.

“Polis masih dalam usaha mengesan (Mohd Fared) dan dijangka akan ditangkap dalam masa terdekat.

“Ini berikutan siasatan sudah selesai dan kita juga ada menerima arahan daripada pihak pendakwaan dan penama ini dibawa untuk tuduh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, polis memburu seorang lelaki disyaki menyalahgunakan darjah kebesaran ‘Datuk Seri’ palsu.

Muhamad Zaki berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Mohd Fared Abdul Ghani berusia 56 tahun.

Beliau berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang pengadu yang melihat rakaman YouTube bahawa lelaki yang menggunakan gelaran itu mengeluarkan kenyataan berhubung penggantungan dua ahli Persatuan Tinju Kelantan menerusi saluran televisyen tempatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini