comscore
Tumpuan :
Nasional

Sarawak optimis capai sasaran tiga juta kedatangan pelancong

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Industri Kreatif Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelancong di Kuching.

KUCHING: Sarawak optimis mampu mencapai sasaran tiga juta kedatangan pelancong melawat negeri itu tahun ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Industri Kreatif Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keyakinan itu berdasarkan kedatangan lebih 600,000 pelancong dua bulan pertama tahun ini.

“Untuk tahun ini kita masih lagi subjektif dengan sasaran iaitu tiga juta pengunjung atau pelancong mengunjungi Sarawak.

 

“Namun demikian, saya yakin dengan melihat kepada jumlah kedatangan pelancong pada Januari dan Februari serta pelbagai program yang kita akan adakan sampai penghujung tahun ini, saya amat percaya kita akan melepasi sasaran tiga juta itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelancong di Kuching.

Menurut Datuk Seri Abdul Karim, tahun lalu Sarawak telah merekodkan kedatangan 2.02 juta pelancong ke negeri itu melebihi sasaran asal 1.2 juta pelancong.

Manakala, bagi Januari dan Februari tahun ini seramai 600,037 pelancong direkodkan telah berkunjung ke negeri itu peningkatan sebanyak 320.2 peratus bagi tempoh sama tahun 2021.

Loading...
Terkini