comscore
Tumpuan :
Nasional

Sarawak sasar 3 juta pelancong tahun depan

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

Oleh Kadir Edison

KUCHING: Sarawak menyasarkan untuk menarik 3 juta ketibaaan pelancong ke negeri itu dengan RM7.25 bilion pendapatan daripada sektor terbabit.

Unjuran itu berdasarkan jumlah ketibaan pelancong ke negri itu sejak sempadan negara dibuka susulan peralihan kepada fasa endemik COVID-19.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sehingga Oktober lalu kadar ketibaan pelancong ke negeri itu sudah melepasi sasaran asal 1.2 juta pelancong dengan 1.378 juta pelancong melawat negeri itu.

“Memandangkan kita tahu bahawa bulan oktober hingga Disember merupakan bulan yang jumlah ketibaan pelancong yang tinggi datang ke Sarawak.

“Oleh yang demikian kita anggarkan kemungkinan pada penghujung tahun ini kita akan dapat lebih kurang 1.7 hingga 1.8 jumlah ketibaa pelancong ke Sarawak,” katanya pada sidang media selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Beliau berkata, kali terakhir Sarawak menerima jumlah ketibaan pelancong yang tertinggi adalah pada tahun 2019 dengan 4.6 juta pelancong.

Bagaimanapun, jumlah itu turun mendadak pada 2020 selepas pandemik COVID-19 melanda selain Pelaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP) yang antara lain turut menghadkan kadar kemasukkan pelancong ke Malaysia.

“Saya percaya apabila tahap keyakinan itu meningkat pada tahun hadapan dan tahun-tahun berikutnya, kita akan dapat sampai kepada sasaran 4.6 juta ketibaan pelancong dan mungkit sasaran 5 juta pelancong,” katanya.

Menurut Abdul Karim, kementeriannya turut menjalin kerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) dan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) untuk memastikan kekerapan penerbangan ditingkatkan secara berperingkat.

Ujar beliau, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) meluluskan sebanyak 587 kekerapan penerbangan seminggu.

Bagaimanapun hanya 408 penerbangan yang beroperasi oleh syarikat penerbangan sedia ada di seluruh destinasi di negeri berkenaan dengan masing-massing 35 penerbangan antarabangsa dan 373 penerbangan domestik.

Loading...
Terkini