comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sebar gambar bogel motif kes bunuh

PETALING JAYA: Kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan ditanam di dalam lubang di Sungai Choh, Rawang bermotifkan rasa tidak puas hati berkaitan penyebaran gambar bogel rakan suspek oleh mangsa.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata enam orang suspek akan didakwa di mahkamah hari ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata lapan suspek iaitu lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 19 hingga 46 tahun ditahan pada 24 Disember lalu bagi membantu siasatan.

Kesemua mereka kemudian direman selama 13 hari untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Selangor dan pihaknya mendapat arahan untuk menuduh enam suspek dengan dua daripadanya akan dituduh dibawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama kerana kesalahan melupuskan barang bukti.

Lima suspek dituduh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama iaitu kesalahan bunuh.

Manakala 2 suspek lain dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan.

Dalam kejadian 23 Disember lalu, mayat mangsa ditanam di belakang rumah sebelum seorang wanita membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Berdasarkan laporan, pengadu terdengar perbualan antara suami dan abang iparnya yang meminta tolong untuk menanam satu mayat.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini