comscore
Tumpuan :
Nasional

Senarai 27 Timbalan Menteri diumumkan PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan pelantikan 27 Timbalan Menteri.

Anwar berkata senarai nama itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

“Istiadat angkat sumpah akan dijalankan di Istana Negara pada 3 petang esok,” katanya dalam pengumuman itu khas di Putrajaya pada 8.15 malam.

Pada Jumaat lepas, Anwar mengumumkan pelantikan dua timbalan perdana menteri dan 28 anggota Jemaah Menteri bagi Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu pada sebelah petang, Anwar mempersembah senarai nama timbalan menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Berikut senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan:

Timbalan Menteri Kewangan
1. Datuk Seri Haji Ahmad Maslan
2. Sim Chee Keong (Steven Sim)

Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah
Dato Hajjah Rubiah Wang

Timbalan Menteri Perladangan Dan Komoditi
Datuk Siti Aminah Aching

Timbalan Menteri Pengangkutan
Datuk Haji Hasbi Habibollah

Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan
Chan Foong Hin

Timbalan Menteri Ekonomi
Datuk Hanifah Hajar Taib

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Timbalan Menteri Pertahanan
Adly Zahari

Timbalan Menteri Kerja Raya
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

Timbalan Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
Liew Chin Tong

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
Mohammad Yusof Apdal

Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi
Datuk Arthur Joseph Kurup

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
Aiman Athirah Sabu

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup
Fuziah Binti Salleh

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi)
Ramkarpal Singh Karpal Singh

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim
Dato Sri Huang Tiong Sii

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Saraswathy Kandasami

Timbalan Menteri Luar Negeri
Datuk Mohamad Alamin

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya
Khairul Firdaus Akbar Khan

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Digital
Teo Nie Ching

Timbalan Menteri Pendidikan
Lim Hui Ying

Timbalan Menteri Belia Dan Sukan
Adam Adli Abd Halim

Timbalan Menteri Sumber Manusia
Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud

Timbalan Menteri Kesihatan
Lukanisman Awang Sauni

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Wilson Ugak Kumbong

Loading...
Terkini