comscore
Tumpuan :
Nasional

Seorang maut, 5 cedera kereta terbabas masuk parit

Anggota bomba mengeluarkan enam mangsa dalam kereta Proton Wira yang terbabas dalam parit di Parit 8, Kampung Sungai Leman, Sekinchan, hari ini. – Foto ihsan bomba

SEKINCHAN: Seorang lelaki maut, manakala lima cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Parit 8, Kampung Sungai Leman, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 6.24 pagi tadi.

Kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Wira dipercayai dilanggar dari belakang oleh sebuah Honda Civic ketika kedua-dua kenderaan dalam perjalanan dari arah Sungai Besar menghala ke Sekinchan.

Perlanggaran menyebabkan kedua-dua kereta terbabas ke parit sedalam kira-kira satu meter.

“Terdapat enam mangsa di dalam Proton Wira itu membabitkan masing-masing dua lelaki, wanita dan kanak-kanak perempuan.

Dua lelaki berusia 50-an itu kemudian dibawa keluar anggota bomba dan orang awam, namun seorang daripadanya disahkan meninggal dunia pada jam 6.48 pagi.

“Masing-masing dua wanita dan kanak-kanak perempuan terbabit pula hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, lelaki maut dilaporkan sebagai saudara kandung kepada pemandu Proton Wira, manakala empat lagi individu terbabit ialah isteri pemandu, dua kanak-kanak yang juga anak kepada mangsa terkorban, dan seorang remaja perempuan yang merupakan anak saudara kepada isteri pemandu.

“Ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian, didapati tiada orang berada di dalam Honda Civic terbabit.

“Berdasarkan makluman orang awam, pemandu didakwa telah keluar dari kenderaan itu dan berlari ke seberang jalan lalu menghilangkan diri,” katanya.

Loading...
Terkini