comscore
Tumpuan :
Nasional

Sivakumar sahkan 5 pegawainya ditamatkan kontrak

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

BANGI: Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar mengesahkan lima pegawainya ditamatkan kontrak

Katanya penamatan pegawai terbabit adalah bagi memastikan kementerian itu dapat berfungsi dengan baik dan lancar.

“Memang adalah untuk kerana memastikan bahawa kementerian dapat berfungsi bahawa lancar dan baik”, katanya selepas  merasmikan Persidangan Kemuncak bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bersama Syarikat-Syarikat berkaitan Kerajaan 2023 di sini hari ini.

Sivakumar bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu.

Media sebelum ini melaporkan lima pegawai kementerian itu telah ditamatkan kontrak.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, menahan tiga pembantu Sivakumar, namun membebaskan mereka selepas tempoh reman empat hari tamat, 17 April lalu.

Penahanan mereka dipercayai berhubung siasatan kelulusan kuota pekerja asing.

Beberapa pihak sebelum ini mendesak Sivakumar bercuti atau meletakkan jawatan selepas beliau dipanggil SPRM untuk memberi keterangan.

Bagaimanapun, Sivakumar bertegas tidak akan meletak jawatan, sambil menyatakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga berpandangan tiada keperluan baginya berbuat demikian.

Loading...
Terkini