comscore
Tumpuan :
Nasional

Sokong solidariti ke atas Palestin semakin hebat

FOTO: Reuters

Ribuan penyokong pro-Palestin menyertai perhimpunan solidariti di stesen kereta api Franca di Barcelona, Sepanyol.

Mereka yang hadir melaungkan slogan menuntut pembebasan Palestin dan mendesak Israel berundur serta menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

FOTO: Reuters

Perhimpunan mereka bagaimanapun terbantut selepas dihalang oleh pasukan polis antirusuhan.

Ketegangan turut tercetus apabila anggota polis memukul penyokong pro-Palestin dengan menggunakan baton.

FOTO: Reuters

Perhimpunan solidariti ke atas Palestin terus diperhebatkan di seluruh dunia termasuk di London yang menyaksikan lebih 300,000 penyokong  hadir melaungkan slogan pembebasan Palestin.

Antara lokasi lain termasuk di Brussels, Belgium dan Paris, Perancis. – REUTERS

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini