comscore
Tumpuan :
Nasional

Sorok gula dan minyak paket 750kg, restoran diserbu KPDN

FOTO: NSTP

ALOR GAJAH: Tindakan sebuah restoran yang menyorok 750 kilogram gula dan minyak paket bersubsidi di Jelatang di sini hari ini terbongkar hasil risikan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Serbuan kira-kira jam 1 petang itu, dijalankan hasil maklumat awam.

Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar berkata, daripada aduan diterima, premis terbabit didakwa menyorok dan menggunakan barangan kawalan sebelum sepasukan penguat kuasa membuat penyamaran serta menyerbu restoran berkenaan.

“Hasil daripada serbuan dilakukan di tingkat atas premis itu kita menemukan lebih 300 kilogram gula pasir bersubsidi dan 250 paket minyak masak sekilogram setiap satu.

“Malah semakan lanjut dilakukan juga mendapati wakil premis gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit kebenaran menyimpan barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya pada sidang media, di lokasi serbuan.

Menurut Norena, disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab itu, ia memberi kesan kepada 133 isi rumah yang sepatutnya layak mendapatkan barangan bersubsidi di sekitar situ.

“Meskipun hasil dari soal tanya ke atas pekerja premis, dia mendakwa barangan itu adalah untuk kegunaan perniagaan mereka namun ia tidak dibenarkan kerana ia ini adalah untuk kegunaan isi rumah.

“Seperti minyak yang dirampas ini, ia sebenarnya hak subsidi yang boleh digunakan untuk 133 isi rumah dan bukannya bagi tujuan perniagaan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan cuba menyembunyikan barangan kawalan serta bersubsidi.

“Di bawah Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021, ia mewajibkan mana-mana pihak bagi tujuan perdagangan yang membeli dan menyimpan minyak masak melebihi 12 kilogram perlu memiliki permit daripada KPDN.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini