comscore
Tumpuan :
Nasional

SPRM siasat dakwaan rasuah libatkan projek syarikat minyak antarabangsa

 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) mengesahkan telah membuka fail siasatan berkaitan perbuatan rasuah melibatkan projek PETRONAS serta sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan dalam siasatan melibatkan projek bernilai RM399 juta di Sarawak tersebut, pihak PETRONAS telah memberikan kerjasama penuh dengan pihak SPRM.

Setakat ini, SPRM telah menemukan beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja berhubung isu tersebut.

Sehubungan itu, SPRM telah mencadangkan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah-langkah pencegahan.

SPRM turut menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat baharu berhubung isu ini boleh tampil menyalurkan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya di bawah Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini