comscore
Tumpuan :
Nasional

Sub Sektor Gudang Darat dibenarkan menggaji pekerja asing

Kenyataan KSM

PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari ini memaklumkan Sub Sektor Gudang Darat kini dibenarkan untuk menggaji pekerja asing.

Dalam satu kenyataan, KSM berkata kebenaran itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, Kali Ke-7 pada 18 Julai lalu.

Ia turut memaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selaku Agensi Kawal Selia bagi Sub Sektor Borong dan Runcit telah bersetuju memperluaskan syarat atau kriteria kelayakan kuota penggajian pekerja asing di bawah sub sektor berkenaan.

Perluasan itu terpakai kepada peniaga runcit dengan keluasan lantai kurang daripada 2500 meter persegi.

Sehubungan itu, permohonan kuota baharu penggajian pekerja asing bagi kedua-dua sub sektor tersebut telah dibuka.

Permohonan boleh dibuat oleh majikan di laman web www.fwcms.com.my. Sebarang pertanyaaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Pekerja Migran KSM ditalian 03-88852939/2940 dan emel [email protected]

Loading...
Terkini