comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Brunei diberi Sambutan Negara di Istana Negara

Oleh : Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah diberi Sambutan Negara di Istana Negara, hari ini, sempena Lawatan Negara ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam.

Ketibaan Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, pada jam 11 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri kabinet.

Istiadat sambutan di padang kawad dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Brunei dan Lagu Negaraku oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, disusuli tembakan meriam 21 das.

Sultan Hassanal Bolkiah kemudian memeriksa kawalan kehormat membabitkan empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Sultan Brunei bersama Al-Sultan Abdullah kemudian menanam Pokok Simpor atau nama saintifiknya Dillenia Suffroticosa di halaman Istana Negara.

Baginda mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia sempena Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) ke 24 antara kedua-dua negara.

Loading...
Terkini