comscore
Tumpuan :
Nasional

Tahap literasi rakyat terhadap kesihatan mental masih rendah

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Tahap literasi rakyat negara ini mengenai kesihatan mental masih pada tahap rendah menyebabkan individu yang menghadapi masalah itu tidak tampil mendapatkan bantuan profesional.

Justeru, dalam usaha meningkatkan kesedaran itu serta menangani stigma dan diskriminasi terhadap golongan itu, kempen “Kesihatan Mental Milik Semua, Hentikan Stigma” dilancarkan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, hari ini.

Turut dilancarkan, dua modul latihan iaitu ‘Training Module on Suicide Peevention First Responders’ dan Modul Latihan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial.

Modul berkenaan dibangunkan untuk melatih petugas kesihatan seperti pakar perubatan keluarga, pegawai perubatan dan paramedik di klinik kesihatan seluruh negara.

“Literasi kesihatan mental masih rendah lagi, sebab tu kita terus melaksanakan program program seperti ini supaya rakyat lebih tahu dan khususnya selepas pandemik Covid 19 kita melihat bagaimana kesihatan mental, khususnya bagi kanak-kanak dan remaja semakin meningkat, kita tahu mereka ini masa depan malaysia jadi kita kena ambil intervensi yang cepat supaya anak-anak kita tidak sehingga ke peringkat yang lebih teruk.

”Disebabkan stigma yang menganggap individu dengan penyakit mental ini tidak boleh diubati mengakibatkan jurang yang meluas bagi pesakit mental mendapatkan rawatan yang sepatutnya menjadi hak asasi yang selayaknya bagi individu tersebut,” jelasnya.
KKM katanya, turut memperkenalkan MyMinda sebagai satu komponen baru dalam aplikasi MySejahtera.

Ia terdiri daripada saringan minda sihat, sumber psikopendidikan dan akses kepada talian bantuan psikososial.

Loading...
Terkini