comscore
Tumpuan :
Nasional

Tarikh UPKK Dipinda Beri Ruang PRU-15

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

PUTRAJAYA : Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) seperti yang dijadualkan pada 14 hingga 17 November ini ditunda bagi memberi laluan kepada persediaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, tarikh baharu pelaksanaan UPKK (bertulis) bagi Ulum Syariah (Akidah Dan Ibadah) pada 14 November dipinda pada 28 November manakala Sirah Jawi dan Khat pada 15 November dipinda pada 29 November.

Katanya, ujian bagi Adab pada 16 November dipinda pada 30 November manakala Lughah al-Quran pada 17 November dipinda pada 1 Disember.

“Pindaan ini dibuat bagi memberi ruang persediaan dan pelaksanaan PRU-15 yang berlangsung pada 19 November.”

“Jakim prihatin dan mengambil berat dengan keputusan yang telah ditetapkan serta amat menghargai komitmen semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan UPKK kali ini, ”katanya. -HARIAN METRO

Loading...
Terkini