comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Taylor Swift selebriti terkaya, harta cecah AS$1 bilion

FOTO: Reuters

LOS ANGELES: Penyanyi pop dan komposer tersohor Amerika Syarikat (AS), Taylor Swift tersenarai sebagai Billionaire Dunia Forbes, lapor agensi.

Bintang pop berusia 34 tahun itu menjadi selebriti pertama dalam sejarah mencapai nilai bersih AS$1 bilion (RM4.75 bilion) melalui karya muzik atau persembahan.

Pencapaian Swift itu membolehkannya menyertai pengasas SpaceX, Elon Musk dalam ranking tahunan untuk kali pertama.

Forbes dilaporkan berkata, kejayaan Swift disebabkan pencapaian cemerlangnya ketika menjayakan siri jelajah The Eras Tour.

“Dengan nilai bersih AS$1 bilion (RM4.75 juta) yang diperoleh, Swift menjadi pemuzik pertama raih pendapatan hanya menerusi penulisan lagu dan persembahan, selepas kejayaan siri jelajahnya itu.

“Pencapaiannya itu membolehkan Swift menyertai hampir sedozen jutawan senarai A terkenal lain, termasuk George Lucas (RM26.13 bilion), Michael Jordan (RM15.2 bilion) dan Kim Kardashian (RM8.07 bilion),” katanya.

Mendahului senarai keseluruhan ialah gergasi barangan mewah Perancis LVMH Bernard Arnault dan keluarganya dengan nilai bersih RM1,107.33 bilion.

Musk (RM926.73 bilion) menduduki tempat kedua, manakala pengasas Amazon Jeff Bezos di tempat ketiga dengan kekayaan bernilai RM921.98 bilion.

Seterusnya, bos Meta, Mark Zuckerberg menduduki tempat keempat dalam senarai dengan nilai bersih RM841.19 bilion.

Laporan itu turut menyebut sejumlah 2,781 jutawan berjaya direkodkan untuk 2024.

Berdasarkan angka itu, terdapat penambahan 141 individu berbanding tahun lalu, manakala penambahan 26 individu daripada jumlah keseluruhan direkodkan pada 2021.

Forbes menambah jumlah kekayaan secara kolektif diraih golongan elit itu adalah RM67.48 trilion. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini