comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Perjanjian dengan Taylor Swift bukan untuk cetus permusuhan – PM Singapura

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia – Foto: Reuters

MELBOURNE: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menegaskan, langkah republik itu menyediakan insentif untuk konsert Taylor Swift, bukan berniat untuk mencetuskan permusuhan dengan negara-negara jiran.

Jelas beliau, agensi kerajaan telah berunding dengan pihak bintang pop itu untuk membuat konsert di Singapura dan menjadikan republik itu satu-satunya venue di Asia Tenggara.

“Ia kemudiannya menjadi satu aturan yang berjaya dan saya tidak lihat ia sebagai “tidak mesra”,” jelas Perdana Menteri itu pada satu sidang media di sini, hari ini.

Lee menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia yang berlangsung dari 5 hingga 6 Mac.

Terdahulu, Singapura didakwa memiliki ‘hak eksklusif’ ke atas Taylor Swift, selepas membuat perjanjian dengan pihak penyanyi itu untuk tidak menganjurkan konsert jelajah dunia di mana-mana negara Asia Tenggara, kecuali di republik itu.

Taylor Swift di konsert jelajah dunia ‘The Eras Tour’ – FOTO: Taylor Swift/Instagram

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin mendakwa, beliau dimaklumkan sedemikian oleh penganjur konsert ‘Taylor Swift: The Eras Tour’, AEG Presents.

Manakala Filipina menyifatkan, tindakan Singapura itu “bukan sesuatu yang wajar dilakukan oleh jiran yang baik”.

Kementerian Budaya, Komuniti dan Belia Singapura (MCCY) kemudiannya menjelaskan, pihaknya mengenal pasti wujud permintaan yang tinggi daripada rakyat Singapura dan peminat Swift di seluruh rantau ini.

Peminat dari Malaysia & Thailand hadir ke Stadium Nasional Singapura, menggayakan ‘Friendship Bracelets’ yang sinonim dalam kalangan peminat Swift – Foto: Reuters

“Justeru MCCY bekerjasama dengan AEG Presents, dengan disokong Lembaga Pelancongan Singapura (STB) melalui penawaran geran.

Swift ketika ini berada di Singapura, untuk menjayakan konsert ‘The Eras Tour’ selama 6 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini