comscore
Tumpuan :
Nasional

Telur ayam ‘licin’ dalam satu jam!

Telur ayam yang dijual pada harga rendah di rangkaian kedai sejuk beku di Kuching habis dalam tempoh sejam. – FOTO: NSTP/Mohd Roji Kawi

KUCHING: Telur ayam di Sarawak dijual pada harga tidak seragam meskipun ada kedai yang sudah menurunkan harga hari ini.

Tinjauan di rangkaian kedai sejuk beku milik sebuah syarikat di sini mendapati telur ayam dijual jauh lebih murah berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, ketika tinjauan bekalan telur ayam di semua rangkaian kedai berkenaan sudah habis.

Pekerja kedai berkata, bekalan telur ayam di rangkaian kedai sejuk beku itu habis dalam tempoh hanya kira-kira satu jam selepas bekalan tiba pada jam 10 pagi.

“Ramai pengguna tahu telur ayam di semua premis syarikat kami memang dijual lebih murah dan hari ini pula harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada biasa.

“Sebab itu bekalan telur ayam di kedai kami tidak bertahan lama kerana apa pembeli yang sanggup menunggu lori membawa bekalan tiba,” katanya yang enggan nama disiarkan.

Telur ayam gred A di kedai berkenaan dijual pada harga RM14.10 sepapan, gred B (RM13.30) manakala gred C (RM12.90).

Bagaimanapun, tinjauan di beberapa premis milik syarikat lain pula mendapati harga telur ayam gred A masih dijual pada pada harga antara RM18 hingga RM19.

Difahamkan pihak kedai terbabit tidak menerima sebarang arahan untuk menurunkan harga telur ayam meskipun tiada masalah bekalan di Sarawak.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak minggu lalu, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom menjelaskan Sarawak tidak perlu mengimport telur ayam berikutan pengeluaran mampu menampung 100 peratus kadar sara diri (SSL). – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini