comscore
Tumpuan :
Nasional

Teruskan manifesto beri manfaat pada rakyat – Hadi Awang

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dua dari kiri) dalam sidang media di Marang.

MARANG: PAS meminta kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu yang memberi manfaat kepada rakyat.

Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata manifesto yang disifatkan mustahil untuk dilaksanakan perlu diganti dengan manisfesto yang lebih baik.

“PAS bukan parti yang suka mengaibkan kelemahan parti lain, sebaliknya parti kami juga ada kelemahan.

“Jika tiada rotan, akar berguna juga,” katanya secara berseloroh kepada pemberita dalam sidang media khas, di sini.

Turut hadir, Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Abdul Hadi berkata, PAS tidak menuntut jawatan di dalam kabinet tetapi menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk memilih menteri dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional.

Ketika diajukan soalan adakah beliau mahu menjadi menteri, Ahli Parlimen Marang itu berkata, beliau sangat terbuka mengenai perkara itu.

“Perdana Menteri tidak wajib untuk melantik saya, saya juga tidak kisah jika tidak dipilih.

“Jika tidak terpilih, saya boleh menjadi nelayan, perkara paling utama adalah menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai kedudukan kerajaan negeri di Kelantan dan Terengganu, beliau memaklumkan perkata itu akan ditentukan selepas isu di peringkat pusat selesai.

Loading...
Terkini