comscore
Tumpuan :
Nasional

Timbalan Ketua Menteri Sarawak jalani kuarantin

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Awang Tengah Ali Hasan dilaporkan sedang menjalani kuarantin selama 14 hari. 

Menurut Setiausaha Akhbarnya Saiful Bahri, beliau diminta oleh pihak Jabatan Kesihatan negeri untuk menjalani kuarantin semalam. 

Menerusi laman Facebooknya, Saiful memaklumkan Datuk Awang Tengah sebelum ini mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Rantaian Bekalan Makanan dan salah seorang daripada mereka yang hadir disahkan positif jangkitan. 

Ekoran itu, kesemua mereka yang hadir pada mesyuarat berkenaan turut diminta untuk menjalani kuarantin. 

Buat masa ini, Jawatankuasa berkenaan akan terus berhubung menerusi telefon dalam memastikan agihan bekalan makanan ke seluruh negeri tidak terjejas. 

Dalam pada itu, Datuk Awang Tengah yang dihubungi memberitahu beliau kini berada dalam keadaan yang baik.

Loading...
Terkini