comscore
Tumpuan :
Nasional

TMJ pimpin Kembara Mahkota Johor 2023

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim memimpin Kembara Mahkota Johor 2023 buat julung kalinya. – Foto: NSTP/ihsan Kelab Media Johor (RPO).

JOHOR BAHRU: Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 bermula hari ini, selepas tiga tahun tidak dianjurkan berikutan Pendemik COVID-19 sejak 2019.

Menurut hantaran media sosial, facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Jelajah KMJ buat julung kalinya dipimpin Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Berangkat bersama dalam konvoi Diraja, isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Ibrahim.

Turut berangkat sama Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Turut berangkat menyaksikan majlis pelepasan KMJ 2023 di Istana Pasir Pelangi, hari ini ialah Tunku Tun Aminah Ibrahim.

Acara pelepasan konvoi Diraja Johor berlangsung di Istana Pasir Pelangi, di sini dengan disempurnakan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.

KMJ merupakan ilham Sultan Ibrahim pada tahun 2001 sewaktu itu Baginda ialah Tunku Mahkota Johor, bagi menyelami denyut nadi rakyat jelata.

Sejak itu, KMJ telah menjadi salah satu acara utama tahunan negeri Johor dan telah merapatkan perhubungan Istana Johor di hati rakyat.

Bagi KMJ Edisi Ke-23 ini, jelajah merentasi 10 daerah dengan perjalanan sejauh 879 kilometer serta bagi tempoh selama empat hari dan tiga malam.

Pada hari ini, jelajah akan menempuh perjalanan sejauh 204 kilometer (km) melalui Ulu Tiram, Kota Tinggi dan Mersing.

Pada hari kedua pula meliputi jarak perjalanan sejauh 321km, melalui daerah Kluang, Segamat dan Tangkak.

Diikuti hari ketiga perjalanan sejauh 176km meliputi laluan di daerah Muar dan Batu Pahat.

Dan hari keempat menempuh perjalanan sejauh 181km Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Loading...
Terkini