comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tolak perbezaan politik, selesaikan masalah air Kelantan

 

KOTA BHARU : Kerajaan Persekutuan mengambil pendirian untuk menangani masalah bekalan air bersih di Kelantan dan ia akan diselesaikan tanpa mengira fahaman politik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengadakan perbincangan ringkas dengan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berhubung perkara itu.

”Kelantan ini hadapi masalah air agak serius, jadi saya nak kemukakan cadangan  supaya kerjasama persekutuan, kerajaan negeri, kita adakan pertemuan dan kerajaan persekutuan kerjasama akan cuba melaksanakan projek bekalan air yang lengkap utnuk negeri kelantan semuanya”, katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di perkarangan stadium Sultan Muhammad ke-empat di Kota Bharu di sini, malam tadi.

Foto : NSTP

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Kelantan serta menteri-menteri kabinet.

Anwar berkata adalah tidak wajar selepas merdeka lebih 60 tahun Kelantan terus menghadapi masalah berkaitan bekalan air kepada pengguna..

Menurutnya lagi, masalah politik yang tidak berkesudahan sememangnya membebankan rakyat.

Justeru, katanya Kerajaan Perpaduan mengharapkan sokongan dan komitmen padu daripada seluruh rakyat kelantan dalam merealisasikan agenda membangunkan malaysia madani.

Ia merupakan wadah bersepadu dan holistik, bertunjangkan dasar-dasar yang berorientasikan masa depan, demi mewujudkan sebuah masyarakat yang madani, maju, terampil dan terangkum.

”Saya nak ambil kesempatan ini menjawab beberapa usul dan cadangan daripada menteri besar mengenai sikap kita kerajaan perpaduan dalam soal  negeri kelantan khususnya, belanjawan madani telah menyebut semua negeri diberi perhatian maka faktanya ialah peruntukan pembanguan negeri kelantan pada tahun 2023 adalah terbesar yang pernah diberi oleh kerajaan persekutuan”.

Tambahnya, kerajaan akan sentiasa berlaku adil dan tidak meminggirkan mana-mana negeri meskipun berbeza ideologi politik dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan rakyat.

Kerajaan juga tegas beliau amat prihatin terhadap isu banjir yang sering membelenggu rakyat kelantan dan penyelesaian yang ampuh perlu dirungkai bagi menoktahkan isu banjir segera.

Komitmen juga dizahirkan  bagi menangani kemiskinan di Kelantan menerusi penyaluran peruntukan khas melibatkan 107 projek baharu antaranya projek penyaluran bekalan air luar bandar di Tumpat dan Gua Musang.

Loading...
Terkini