comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi Batang Kali : 21 mayat sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

Sungai Buloh:  21 mayat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali di Hulu Selangor sudah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Pengurusan Jabatan Forensik hospital memaklumkan, mayat terakhir tiba di sini  jam 5 pagi tadi.

Bagaimanapun setakat ini tidak dapat dipastikan lagi jumlah mangsa yang telah selesai dibedah siasat, jantina dan lain-lain maklumat.

Identiti mangsa juga belum dikenal pasti.

Sehingga kini tiada kelihatan kelibat waris datang untuk membuat pengecaman atau menuntut mayat mangsa.

Kesemua mayat dibawa ke sini bagi memudahkan proses koordinasi mangsa.

Pasukan perubatan Jabatan Forensik telah menyediakan lima pasukan petugas melibatkan pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan.

Mereka turut dibantu kakitangan Jabatan Forensik Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam bagi menjalankan bedah siasat.

Pihak media yang sudah tiba seawal 7 pagi  tidak dibenarkan masuk dan hanya menunggu di luar.

Laporan lanjut menyusul.

Loading...
Terkini