comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tragedi Batang Kali: Ketajaman deria ‘Si Pendamping’ anggota SAR, bantu lancar operasi

 

 

Oleh Azzarouq Zulkiply

BATANG KALI: Kelibat Frankie, Blake, Denti, Pop dan tujuh lagi anjing pengesan (K9) yang berkhidmat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting Highlands-Batang Kali, Hulu Selangor, menjadi perhatian warga media sosial.

Rakaman video mahupun gambar yang dikongsi pihak berkuasa dan media mendapat reaksi pelbagai dari pengguna platform itu yang menyatakan rasa kagum dan terharu dengan pengorbanan ‘si pendamping’ anggota mencari dan menyelamat (SAR) ini.

Gambar anjing bernama ‘Blake’ yang bersalut lumpur. – FOTO: NSTP

Paling mendapat perhatian orang ramai, apabila gambar anjing bernama ‘Blake’ yang bersalut lumpur tular di media sosial menggambarkan K9 itu bekerja bertungkus lumus membantu operasi mencari di tapak runtuhan.

Anjing penyelamat K9 ini menjadi peringan beban anggota penyelamat yang mengesan mangsa.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, sebanyak 11 unit anjing pengesan (K9) iaitu enam milik JBPM, empat milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan satu milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digunakan dalam operasi SAR.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis. – FOTO: NSTP

Haiwan itu mempunyai kepakaran dalam mengesan mayat yang tertimbus di dalam tanah, di bawah batuan atau air.

Meskipun bekerja keras, kebajikan anjing-anjing penyelamat ini tidak pernah diabaikan, malah semua haiwan itu diberikan penjagaan yang rapi termasuk rehat dan makan yang mencukupi supaya sentiasa bersedia menjalankan tugas mengesan mangsa.

Penguasa Kanan Bomba II, Donny Chap antara pegawai Unit K9 yang bertugas bersama anjing pengesan.

Penguasa Kanan Bomba II, Donny Chap.

Menurut Donny, anjing K9 mempunyai ciri-ciri yang berlainan berbanding anjing peliharaan. 

Anjing K9 dilatih untuk mencapai arah tujuan yang jelas seperti hanya mengesan mangsa tragedi tanah runtuh ini melalui deria bau serta pendengaran yang tajam.

FOTO: Ihsan Bomba

Donny mengakui, tugas di tapak runtuhan Batang Kali ini memang mencabar dan terdapat juga anjing yang mengalami kecederaan dan keletihan gara-gara operasi berlanjutan sehingga malam.

Begitupun, menurut Donny penugasan pasukan unit K9 akan digilirkan bagi memberi ruang rehat yang mencukupi untuk haiwan ini termasuk anggota SAR.

Loading...
Terkini