comscore
Tumpuan :
Nasional

 Tujuh individu dirakam keterangan kes buli pelajar

Kejadian buli membabitkan sekumpulan pelajar yang tular di media sosial. – Foto tular

AMPANG JAYA: Polis sudah merakam keterangan tujuh individu berhubung kes buli seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Taman Melawati, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata tujuh individu itu membabitkan tiga suspek dan empat saksi.

“Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun keseksaan. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi berkaitan kes itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun dibelasah di Bukit Mar Mar Kemensah oleh sekumpulan pelajar Tingkatan Lima kerana dikatakan berang mangsa tak hormat senior.

Kejadian buli membabitkan sekumpulan pelajar yang tular di media sosial. – Foto tular

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa ditumbuk di bahagian dada selain dicekik dan ditendang oleh seorang pelajar Tingkatan 5.

Mangsa kemudian diajak oleh lima pelajar terbabit (suspek) ke Bukit Mar Mar Kemensah jam 3 petang hari sama sebelum dipukul dengan disaksikan sekitar 10 hingga 15 pelajar.

Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera  di dahi, luka kening kiri, rahang selain bengkak pada tengkuk.

Loading...
Terkini