comscore
Tumpuan :
Nasional

Tunku Azizah Berkenan Sempurnakan Pembukaan Konvokesyen UIAM ke-37

Oleh Amirulhakim Ahmad Lokman

GOMBAK : Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan untuk berangkat ke Majlis Konvokesyen ke-37, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM, di sini pada Selasa.

Baginda yang juga Canselor UIAM, menyempurnakan pembukaan sidang pertama majlis konvokesyen berkenaan.

Dalam majlis yang sama, Tunku Azizah turut berkenan menyampaikan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Dakwah Islam dan Transformasi Komuniti kepada Tan Sri Wan Mahmood Pa’wan, Orang Besar Daerah Gombak.

Sementara itu, Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Dialog Tamadun, disampaikan kepada Aktivis Islam, Allahyarham Dr Robert Dickson Crane@Faruq Abd Al Haqq.

“Saya merasa bangga dan mengucapkan tahniah serta berharap agar semua graduan meneruskan kecemerlangan dan berkhidmat untuk kemajuan negara,” titah Baginda.

Pada Majlis kali ini seramai 6,638 graduan menerima skrol masing-masing meliputi 14 Kulliyah serta 3 institut pelbagai peringkat pengajian.

Konvekesyen UIAM dijadual berlangsung selama 6 hari dengan 12 sidang, bermula hari ini sehingga Khamis depan.

Loading...
Terkini