comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Vaksin pneumokokal diberi percuma bermula 1 Jun 

 

Oleh Rusyaidi Hafiz ShahidPUTRAJAYA: Vaksin pneumokokal untuk kanak-kanak berusia 4 dan 5 tahun boleh di dapati secara percuma melalui tempahan di aplikasi MySejahtera dan klinik primer Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula 1 Jun 2023.

Menurut Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa, pemberian vaksin ini bertepatan dengan inisiatif KKM untuk memperluaskan pemberian imunisasi pneumokokal kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 yang tidak termasuk dalam kumpulan sasaran pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak sebelum ini.

FOTO: NSTP

KKM turut menyasarkan sebanyak 70 peratus atau 700,00 kanak kanak berusia 4 dan 5 tahun di dalam Malaysia mengambil vaksin ini demi melindungi mereka daripada risiko jangkitan penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin, kerana penyakit ini bukan sahaja boleh berjangkit malah berupaya mengakibatkan komplikasi yang teruk sehingga menyebabkan kematian.

FOTO: NSTP

“Kita tahu bahawa imunisasi ini adalah satu intervensi kesihatan awam yang menjimatkan kos untuk melindungi bukan hanya kanak-kanak bahkan masyarakat secara keseluruhannya bagi penyakit yang boleh dicegah melalui pemberian vaksin,” ujarnya ketika sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan di Kementerian Kesihatan Putrajaya.

Ujar Dr. Zaliha lagi, berdasarkan data KKM, kadar discaj akibat penyakit pneumokokal invasif di hospital KKM adalah tinggi dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

FOTO: NSTP

Maka, KKM kini memperluaskan pemberian vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 bagi mengoptimakan perlindungan terhadap penyakit pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

Inisiatif in dikenali sebagai pemberian imunisasi catch-up pneumokokal atau ringkasnya CHUP.

FOTO: NSTP

“Kita kena memberi penerangan dan memberitahu ibu bapa akan kepentingan pengambilan vaksin ini dan apakah kesan-kesan jika tiada sebarang tindakan seumpama pengambilan vaksin ini dilakukan.”

Program pemberian imunisasi catch-up pneumokokal in akan berjalan serentak seluruh negara bermula 1 Jun 2023 dan akan diteruskan sehingga 31 Mei 2024.

Pelaksanaan program in melibatkan semua fasiliti kesihatan primer KKM di seluruh negara.

Loading...
Terkini