comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Harga limau mandarin lebih rendah berbanding tahun lalu

 

 

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KUALA LUMPUR: Berbaki seminggu lagi sebelum Tahun Baharu Cina, masyarakat Tionghua giat membuat persiapan khususnya membeli barang keperluan.

Bekalan limau mandarin didapati mencukupi untuk tahun ini dengan tawaran harga lebih murah berbanding tahun lalu.

Tinjauan Buletin TV3 di sekitar ibu negara mendapati bekalan limau mandarin masih banyak meskipun hanya tinggal seminggu sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.

Pun begitu, peniaga yang ditemui  Ng Kok Leong, 58, berkata dia perlu mengambil langkah mengehadkan jumlah kemasukan stok kerana tidak mahu menanggung kerugian seperti tahun sebelumnya.

“Tahun lalu saya beli lebih, namun tahun ini saya kurangkan kerana tidak mahu membazir seperti sebelum ini,” jelasnya.

Katanya, kebanyakan limau mandarin diimport dari China, Taiwan dan Jepun.

Harga bagi sekotak limau mandarin bersaiz M sekitar RM18 hingga RM25, manakala sekotak limau mandarin bersaiz L pula antara RM28 hingga RM32 .

Sekotak limau mandarin bersaiz  XL berharga RM42, sementara harga bagi limau mandarin bersaiz kecil kekal RM10 bagi setiap beg.

Bagi peniaga Woon Wai Lun,37, peningkatan bekalan tahun ini dikaitkan dengan jumlah semaian benih yang bertambah di negara import, menjadikan ia dapat dikomersialkan dalam kuantiti yang banyak.

“Kalau ingin dibandingkan sambutan tahun baharu cina pada awal tahun lalu, jumlah semaian tidak banyak oleh sebab itu ia mahal malah buahnya juga tidak besar.

“Namun jika ia jatuh pada Februari seperti sambutan kali ini, jadi buah limau itu akan besar, banyak dan lebih murah,” ujarnya.

Pelanggan yang ditemui Loo Chai Ling, 60, berpendapat harga yang rendah amat memberi kepuasan kepada mereka.

“Saya menjangkakan tahun ini harganya akan meningkat lebih RM40, namun saya dapati harganya sekitar RM35 sahaja bagi saiz yang besar, jadi amat berpatutan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini