comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa keluar dari Apartmen Idaman

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dibawa polis untuk proses lakon semula kejadian di kediamannya, dibawa keluar menaiki van putih sekitar jam 12.20 tengah hari tadi.

Ia selepas tiga jam ibu kepada kanak-kanak malang itu dilaporkan tiba di Apartmen Idaman, Damansara Damai sekitar jam 10.15 pagi tadi.

Suspek dibawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman, bagi melakonkan semula kejadian.

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak, namun belum pasti tujuan kegunaan patung berkenaan.

Turut kelihatan kenderaan Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dengan proses lakon semula keluar dari lokasi kejadian pada jam 12.45 tengahari.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

|  ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini