comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud dibawa ke Pangkalan Udara Subang

Oleh: Hilmi Abdul Malik 

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dalam perjalanan menuju ke Pangkalan Udara Subang.

Terdahulu, jenazah Allahyarham ditempatkan di dewan khas Masjid Negara selepas solat jenazah bagi membuka ruang kepada sesi penghormatan terakhir.

Solat jenazah dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni Iman.

Jenazah Tun Abdul Taib yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Sarawak akan diterbangkan ke Kuching untuk penghormatan terakhir peringkat negeri.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir mengucapkan takziah kepada Toh Puan Ragad Taib Kurdi ketika hadir memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Negara. – FOTO: NSTP

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.40 awal pagi tadi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).

Jenazah Allahyarham dijadual dikebumi di Tanah Perkuburan Demak esok selepas solat Zohor.

Antara yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir di Masjid Negara termasuklah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, serta Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini