comscore
Tumpuan :
Nasional

[LANGSUNG] Perjalanan Terakhir Tun Abdul Taib Mahmud

 


4:26 pmJenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).


1:57 pm Jenazah Allahyarham dibawa berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang dengan pesawat Hercules C-130 TUDM ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.

Sultan Selangor, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak iringi jenazah Allahyarham.

1:05 pmJenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang.


12:30 pm – Jenazah Allahyarham dalam perjalanan menuju ke Pangkalan Udara Subang.

12:25 pm – Beberapa pemimpin utama dilihat mula memasuki Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang sebentar tadi.


Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud diberi penghormatan terakhir di Masjid Negara- NSTP

10:40 am – Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud ditempatkan di dewan khas Masjid Negara bagi sesi penghormatan terakhir.

10:35 am – Solat jenazah selesai.

Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud disolatkan di Masjid Negara- FOTO: NSTP

10:25 am – Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Negara.


9:15 am – Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Negara.


Toh Puan Raghad Kurdi Taib mengiringi jenazah suaminya Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud ke Masjid Negara untuk dimandikan dan solat jenazah. FOTO: NSTP

9:05 am – Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud dibawa ke Masjid Negara untuk disolatkan.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memeluk anak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib ketika jenazah Allahyarham tiba di Masjid Negara untuk dimandikan dan solat jenazah. FOTO: NSTP

Jemaah Menteri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia, hari ini.


Kerajaan Sarawak telah mengisytiharkan hari berkabung selama dua hari bermula hari ini, sebagai menghormati pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.


4:40 am – Bekas Yang di-Pertua Negeri yang juga Ketua Menteri paling lama di Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, 87, meninggal dunia di Kuala Lumpur, pagi ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 4 pagi tadi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).

Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Negara, Kuala Lumpur, pagi ini, sebelum diterbangkan balik ke Kuching, Sarawak.

BERITA BERKAITAN

Loading...
Terkini