comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kos sara hidup, sikap rakyat antara faktor Malaysia jadi pilihan destinasi pesara warga asing

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Keindahan alam, kepelbagaian budaya, akses makanan, kemudahan infrastruktur yang kondusif, dan kos sara hidup rendah antara faktor mengapa warga asing memilih untuk datang ke Malaysia.

Sikap rakyat yang ramah juga memberi keselesaan kepada mereka terutama ketika melancong dalam negara.

Elemen yang memberi keselesaan itu sekaligus membuatkan warga asing ‘jatuh cinta’ sekali gus memilih Malaysia sebagai destinasi nombor satu selepas bersara.

Foto hiasan

Pesara, Zainal Rasyid Abdul Latif, berkata keadaan negara yang aman damai dan tiada diskriminasi ketara serta sifat semula jadi rakyat Malaysia yang berbudi bahasa memudahkan lagi kehidupan warga asing ‘menyesuaikan diri’ di negara ini.

Relatifnya, gambaran Malaysia sebagai negara contoh dan terbaik di seluruh dunia dalam mempromosikan budaya hidup damai menjanjikan kelebihan kepada mereka untuk hidup lebih selesa berbanding di negara sendiri.

Pesara, Zainal Rasyid Abdul Latif.

“Saya pernah tinggal di Amerika selama lima tahun, sepanjang menetap di sana memang susah, bantuan pembiayaan yang diberikan kerajaan ketika itu juga tidak mencukupi dan memaksa saya melakukan kerja sambilan.

“Ia jelas kerana kos sara hidup di negara luar memang tinggi. Jadi tidak hairan sekiranya rakyat Amerika atau barat mempertimbangkan untuk bersara luar dari negara mereka,”katanya.

Pensyarah Kanan Ekonomi (Pusat Asasi UiTM), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Dengkil, Dr Siti Mariam Mellisa Abdullah.

Pensyarah Kanan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Pusat Asasi Univeristi Teknologi Mara (UiTM), Dr Siti Mariam Mellisa Abdullah, berpendapat kedudukan Malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa memberikan iklim berbeza berbanding negara-negara di Eropah, Amerika dan Asia Barat

“Keadaan ini sekaligus memberi keselesaan terutama warga asing dari barat kerana kebanyakan mereka lebih gemar dengan iklim di Malaysia.

“Selain itu, keamanan global mencatat bacaan 1.47 juga membuktikan ekonomi negara berada dalam keadaan baik berbanding negara Asia lain,”katanya.

Loading...
Terkini