comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita mati ditikam, adik lelaki mangsa antara 2 ditahan

JOHOR BAHRU: Seorang wanita maut dipercayai akibat ditikam dengan objek tajam di sebuah rumah di kawasan Taman Ungku Tun Aminah dekat Skudai, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata kejadian berlaku kira-kira jam   2.30 pagi.

Katanya, mangsa warga asing berusia 41 tahun.

Menurut beliau, tidak sampai 24 jam selepas kejadian, polis menahan seorang lagi wanita warga asing berumur 41 tahun dan seorang lelaki, juga warga asing berusia 24 tahun.

“Jam 7.47 malam tadi, wanita itu ditahan di rumahnya, manakala lelaki yang juga adik kepada mangsa, ditahan di tempat pembuangan sampah di kawasan Taman Ungku Tun Aminah.

“Turut dirampas sebilah pisau di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan memohon agar orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya menghubungi Asisten Superintendan Wong Chee Hoong di talian 016-6943836.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini