comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita maut dihempap bumbung sekolah yang diterbangkan ribut

Oleh: Zahir Senapiah

SEGAMAT: Seorang wanita maut selepas bumbung sebuah sekolah diterbangkan angin dan menghempap rumah mangsa kira-kira jam 7.41 malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan II, Abd Rahim Rahmat yang mengetahui operasi berkata mangsa dikenali sebagai Mahadevi A/P Vadivelu 55 tahun.

Mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera bomba tiba.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di tempat kejadian.

Tinjauan mendapati kediaman mangsa terletak bersebelahan sekolah berkenaan.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini