comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas OKU hilang di hutan

FOTO: Ihsan JBPM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

BEAUFORT: Seorang warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) dikhuatiri hilang di kawasan hutan berhampiran rumahnya, di Kampung Luagan Sanginan, di sini, semalam.

Komoi Awang, 88, dilaporkan hilang sejak jam 9 pagi semalam selepas pengadu mendapati mangsa tiada dalam biliknya.

FOTO: Ihsan JBPM Sabah

Usaha ahli keluarga bersama penduduk kampung mencari mangsa di sekitar rumah dan kebun belakang rumah juga gagal.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa pada jam 10.01 pagi, hari ini.

“Operasi juga disertai agensi penyelamat lain serta penduduk kampung, namun setakat ini mangsa masih gagal dikesan.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Loading...
Terkini