comscore
Tumpuan :
Nasional

Wujud ketirisan, penyelewengan subsidi kepada rakyat – Armizan

Armizan merasmikan Majlis Muzikal Platinium Grand Reunion SMK St Joseph 2023 di Papar, hari ini. – FOTO: NSTP

PAPAR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan berlaku ketirisan dan penyelewengan dalam pelaksanaan pemberian subsidi kepada rakyat.

Katanya, perkara itu masih diteliti untuk mengetahui tahap permasalahan berkenaan.

“Saya tidak nafikan ketika memangku jawatan (menteri) di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebelum ini, kita memang mendengar khabar angin berhubung ketirisan dan penyelewengan subsidi.

“Kini saya mengesahkan semua ini memang berlaku.

Foto hiasan

Tambahnya, masalah ini turut membabitkan subsidi minyak masak paket dan pelbagai barangan lain.

”Ada isu berkaitan sorok barangan, malahan terdapat juga segelintir pihak tidak bertanggungjawab membotolkan semula minyak masak paket bersubsidi supaya boleh dipasarkan dengan harga lebih mahal,” katanya selepas merasmikan Majlis Muzikal Platinium Grand Reunion Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph 2023, di sini, hari ini.

Armizan berkata, proses audit sedang dilaksanakan di seluruh negara ke atas semua syarikat pembungkusan dan pembekal yang dilantik.

Audit berkenaan dibuat sejak Oktober lalu sehingga Mac tahun depan.

“Apabila audit ini selesai, kita akan bentangkan laporan itu kerana saya berpendapat isu ini antara perkara yang tidak boleh dikompromi berikutan ia membabitkan kepentingan rakyat.

“Kita di kementerian memberi amaran kepada semua pihak tidak bertanggungjawab ini hentikan cara berniaga dengan mengambil keuntungan atas subsidi yang sepatutnya dimanfaatkan kepada golongan memerlukan,” katanya lagi.

Loading...
Terkini