comscore
Tumpuan :
Negeri

Terengganu Umum 11 September Cuti Peristiwa

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Bersempena perlawanan akhir Piala FA 2022 antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan 11 September ini sebagai cuti peristiwa. 

Menteri Besarnya Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata cuti itu bagi memberi keselesaan perjalanan pulang penyokong TFC dan memastikan mereka tidak terburu-buru di atas jalan raya setelah menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 9 malam 10 September ini.

“Susun dan atur masa perjalanan pulang dengan baik tanpa perlu tergesa-gesa kerana ruang masa yang ada masih panjang,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri berharap agar penyokong TFC mengutamakan keselamatan diri dan tidak terlibat dengan sebarang insiden yang tidak sepatutnya, serta sentiasa menunjukkan akhlak dan adab yang baik sebagai rakyat Terengganu. 

 “Kepada pasukan kesayangan rakyat semua Terengganu FC, saya berharap para pemain dapat memberikan fokus yang maksima dan mempersembahkan aksi yang terbaik, sekali gus merealisasikan harapan kita untuk membawa pulang Piala FA diiringi ribuan penyokong ke Terengganu. Insya-Allah,” katanya.

Loading...
Terkini