comscore
Tumpuan :
Nasional

COVID-19: Tak Perlu Tayamum, Kini Jenazah Islam Boleh Mandi Dan Dikafankan

PETALING JAYA: Tatacara pengurusan jenazah Islam dan bukan Islam yang dijangkiti COVID-19 kini disemak semula relevan dengan situasi semasa. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata tatacara pengurusan bagi jenazah Islam ia dibenarkan untuk dimandi dan dikafankan oleh petugas hospital, serta dibantu dua waris yang lengkap divaksinasi.

“Urusan mandi dan kapan dilakukan oleh pengendali jenazah yang terlatih di hospital dengan Pakaian Pelindung Diri (PPE). 

“Aktiviti yang berunsur Aerosol Generating Procedure (AGP) ke atas jenazah seperti menekan perut jenazah juga perlu dielakkan. 

“Tatacara pengurusan bagi jenazah bukan Islam pula sekiranya prosedur ‘last rite’ memerlukan penukaran pakaian baharu, pakaian tersebut boleh diletakkan di atas badan jenazah tanpa melibatkan
aktiviti AGP,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, tatacara pengurusan jenazah yang turut disemak semula adalah penggunaan satu beg mayat bagi setiap jenazah yang dijangkiti COVID-19 berbanding sebelum ini yang perlu
menggunakan dua beg mayat bagi setiap jenazah.

Sementara itu untuk pengebumian jenazah, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menetapkan jumlah waris yang boleh terlibat dalam proses pengebumian jenazah tetapi perlu memakai PPE yang bersesuaian.

KKM juga tidak menetapkan jumlah kehadiran untuk menyaksikan proses pengebumian jenazah, bagaimanapun elak dari bersesak-sesak.

Loading...
Terkini