comscore
Tumpuan :
Politik

Angkat sumpah MB Kedah dijadual esok

Istana Anak Bukit

Oleh : Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Angkat sumpah pelantikan Menteri Besar Kedah akan diadakan pada jam 9 pagi di Istana Anak Bukit, di sini esok.

Perkara itu dimaklumkan menerusi jemputan media oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, sebentar tadi kepada Buletin TV3.

Surat itu bagaimanapun tidak menyatakan siapakah pemimpin yang akan dilantik bagi menjawat jawatan utama kerajaan negeri itu.

Dalam masa sama hari ini, Pejabat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor juga telah menghantar satu jemputan sidang media yang dijadualkan pada jam 11.30 pagi esok.

Perikatan Nasional (PN) memenangi 33 dari 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dalam pilihan raya negeri (PRN) semalam.

Gabungan parti PAS-Bersatu itu berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga bagi penggal DUN ke-15.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan keputusan parti itu untuk menamakan semula Muhammad Sanusi sebagai calon Menteri Besar Kedah sekiranya PN memenangi PRN.

Namun pelantikan Muhammad Sanusi katanya, masih tertakluk pada perkenan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Loading...
Terkini