comscore
Tumpuan :
Politik

Annuar sah ahli PAS

Tan Sri Annuar Musa. – FOTO: NSTP

SEREMBAN: Presiden pertubuhan bukan kerajaan Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa sah menjadi ahli PAS, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Datuk Seri Takiyuddin berkata PAS menerima keahlian bekas Ahli Parlimen Ketereh itu bersama 3,000 ahli baharu yang lain hari ini.

“Saya ingin memaklumkan Tan Sri Annuar Musa diterima menjadi ahli PAS…dengan 3,000 keahlian baharu hari ini.

Ramai memohon masuk dalam PAS, BERSATU…(selepas ini) tokoh masyarakat lain yang diterima masuk ke parti ini akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan di sini, malam ini.

Turut hadir Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Pada majlis itu, Tan Sri Abdul Hadi turut menyerahkan sijil keahlian kepada Tan Sri Annuar.

Sementara itu, Tan Sri Annuar berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada kepimpinan tinggi parti PAS dan PN yang menerima keahliannya itu.

“Saya bersyukur pada malam ini saya dapat bersama dengan semua (penyokong PN) pada hari bersejarah bagi diri saya, (keputusan ini) tidak dipengaruhi oleh sesiapa,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Terkini