comscore
Tumpuan :
Politik

‘Fatwa’ Muhyiddin : ‘Inilah akibat berkawan dengan PAS” – Mat Sabu

Foto: NSTP

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan tindakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin  mengeluarkan “fatwa ” haram untuk mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat  pada PRK Parlimen Pulai 9 September ini, akibat terpengaruh dengan sekutunya, PAS.

Justeru, Presiden Amanah itu berkata pengundi mesti menolak fahaman sedemikian dengan memastikan calon PH menang di PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

“Saya tak sangka Muhyiddin orang yang saya hormat. Saya jarang sentuh beliau tapi bila beliau buat “fatwa” haram undi calon kita, inilah akibat berkawan dengan PAS.

“Beliau dah masuk fahaman ‘takrifi’ (menuduh orang lain sebagai kafir). Jadi kena jaga, tolonglah bila beza pandangan jangan cop orang ini ahli syurga atau neraka. Itu Allah tentukan,” katanya dalam ceramah  Mega Perpaduan Madani di Taman Uda Utama, Perling, di sini, malam tadi.

Mohamad mengulas kenyataan Muhyiddin semasa Ceramah Perdana di Dataran Utama, Kempas pada Sabtu bahawa “haram memberikan undi kepada Suhaizan.”

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dijalankan susulan kematian penyandangnya menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal pada 5 September dan hari mengundi pada 9 September.

Loading...
Terkini