comscore
Tumpuan :
Politik

“Hanya MB akan putuskan DUN bubar selepas diperkenan Sultan Kelantan”

Ahmad (kanan) melancarkan buku ‘Nazhafah dan Intergriti’ selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini. FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Kelantan belum mengadakan sebarang mesyuarat berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dilaksanakan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata keputusan sama ada DUN dibubarkan atau sebaliknya bergantung kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob selepas mendapat perkenan Sultan Muhammad V.

“Perkara ini (bubar DUN) diserahkan kepada Menteri Besar dan keputusan akhir bergantung kepada PAS Pusat,” katanya selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.

Majlis Amanat Tahun Baharu disempurnakan Ahmad yang turut melancarkan buku tulisannya berjudul ‘Nazhafah dan Integriti’.

Mengulas lanjut khabar angin yang mengatakan terdapat calon yang akan ditukar pada PRN kali ini, Mohd Amar berkata, itu adalah perkara biasa yang berlaku dalam parti.

Katanya, setiap kali pilihan raya, perubahan calon akan dibuat dan biasanya 30 peratus adalah calon muka baharu yang boleh menang untuk ditonjolkan bertanding PRN.

Beliau berkata, ia membabitkan penyertaan daripada orang muda, wanita dan ulama.

Loading...
Terkini