comscore
Tumpuan :
Politik

PRK Pelangai: Peratusan keluar mengundi capai 59 peratus setakat 2 petang

Antara pengundi muda yang hadir mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi sempena Pilihanraya Kecil N36 Pelangai. Foto NSTP

Oleh: Zaid Shah Zulkarnain

BENTONG: Sebanyak 59 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai telah menjalankan tanggungjawab mereka setakat 2 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

16,383 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu hari ini. Dengan 9 pusat mengundi dan 30 saluran dibuka sejak 8 pagi tadi.

Jumlah keseluruhan pengundi di DUN itu ialah 16,456 orang, dengan SPR telah mengeluarkan 73 kertas undi pos kepada petugas SPR dan anggota polis.

PRK Pelangai N36 diadakan susulan penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Johari Harun terkorban akibat tragedi pesawat terhempas di bandar Elmina, Shah Alam 17 Ogos lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini