comscore
Tumpuan :
Politik

Jawab persoalan berkaitan kecurian REE, jangan bawa naratif difitnah – Mahdzir Khalid

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mempersoalkan PAS memainkan naratif Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor difitnah ketika hakikatnya Menteri Besar Incorporated (MBI) menerima kompaun kerana terlibat dalam kejadian kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kampung Chong, Sik.

Tegas Pengerusi BN Kedah itu, Sanusi wajar memberikan jawapan kepada setiap persoalan yang dibangkitkan, termasuk oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi memberikan gambaran yang tepat tentang isu itu.

“Kenyataan oleh Menteri Dalam Negeri dibuat dipentas terbuka. Beliau menzahirkan keyakinan ada dokumen yang menyokong persoalan yang dibangkitkannya itu.

Saya tidak fikir tindakan ini menimbulkan fitnah. Sebagai bekas Menteri Besar Kedah, saya faham prosedur operasi standard (SOP) kegiatan perlombongan. Kita mahu tahu apa yang berlaku di Bukit Enggang,” katanya.

Justeru, Menteri Besar katanya perlu menyemak kepincangan yang wujud dalam pentadbirannya dan tidak menangkis perkara itu sebagai cubaan fitnah.

Mahdzir berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ahmad Yahaya yang menyelar tindakan menteri persekutuan memfitnah Sanusi sebagai usaha menjatuhkan reputasi cemerlang Menteri Besar Kedah itu.

Ini selepas Saifuddin mendedahkan MBI Kedah dikompaun kerana terlibat dalam kecurian REE.

Sebelum itu beliau turut mendedahkan kerajaan negeri menggunakan sebahagian peruntukan penyelenggaran jalan bagi tujuan pembangunan negeri ini.

Loading...
Terkini