comscore
Tumpuan :
Politik

Kekal Ketua UMNO Bahagian Bera, Ismail Sabri menang tanpa bertanding

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disahkan menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera apabila tiada pencabar lain merebut jawatan berkenaan.

Sumber pejabat Ismail Sabri memaklumkan, Ahli Parlimen Bera itu kekal mempertahankan Ketua UMNO Bahagian Bera.

Ismail Sabri tetap Ketua UMNO Bahagian Bera apabila disahkan menang tanpa bertanding meskipun beliau tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO.

Pengesahan ini sekali gus menangkis laporan yang mendakwa Ismail Sabri akan mengumumkan persaraannya dari arena politik pada 18 Mac ini.

Loading...
Terkini